Memaparkan catatan dengan label urbanisasi dan pembangunan bandar.... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label urbanisasi dan pembangunan bandar.... Papar semua catatan

Jumaat, 5 Oktober 2007

konsep pembangunan yg tidak seimbang

pembangunan yg tidak seimbang bermaksud aras kemajuan sosio-ekonomi yg tidak sama rata dicapai dlm sesebuah negara atau wilayah. ada kawasan yg mundur dan ada kawasan yg maju. perbezaan indeks sosio-ekonomi seperti kdnk antara kawasan, pendapatan perkapita, kiasa beli pengguna, tabungan, taraf kesihatan seperti nisbah bilangan doktor dgn pesakit, taraf pendidikan seperti kadar buta huruf dan lain-lain biasanya di guna untuk mengukur ketidakseimbangan pembangunan yg dicapai antara kawasan/wilayah. jika malaysia dijadikan contoh, pembangunan yg tidak seimbang boleh ditunjukkan dlm pelbagai kwsan. misalnya ketidakseimbangan pembangunan antara malaysia barat dan malaysia timur, antara pantai barat semenanjung dengan panai timurnya, antara kawasan bandar dan luar bandarnya, antara negeri-negeri dan juga antara kaum-kaum. pendek kata, kawasan-kawasan yang disebutkan tadi mempunyai jurang kemajuan sosio-ekonomi.

Ahad, 30 September 2007

MASALAH-MASALAH YANG TIMBUL AKIBAT PEMBANGUNAN YANG TINGGI.

MASALAH PENGANGGURAN DAN KEMISKINAN BANDAR

Ekonomi bandar tidak mampu menyerap lebihan penduduk yang terlalau ramai akibat migrasi masuk. peluang pekerjaan yang ada terhad untuk dipadankan dengan kelulusan,kelayakan da kemahiran yang ada pada migran. sebahagian besar sektor ekonomi bandar bersifat semi profesional atau profesional yg memerlukan kelulusan y tinggi. sedangkan migran yg tidak memiliki keleyakan tersebut. kebanyaka mereka bekerja dalam sektor informal. justeru masalah pengangguran akan berlaku, kos hidup yg tinggi menyebabka kualiti dan taraf hidup pendudu bandar menjadi rendah, kemiskinan bandar akan berlak. urbanisasi seumpama ini digelar " URBANISASI PALSU"

Jumaat, 28 September 2007

HASIL KAJIAN

Tarikh : 3 September 2007
Tempat : Jabatan Perancangan Bandar, Kota Tinggi.
Pegawai : Md. Khisban B. Abu Yamin
Ketua Bahagian Pembangunan dan Penyelenggaraan

Majlis Daerah Kota Tinggi telah melakukan banyak pembaikpulihan bagi membangunkan lagi daerah Kota Tinggi khususnya selepas banjir melanda. Antara projek-projek yang dilakukan adalah :

Penempatan semula penduduk yang tinggal dikawasan yang berisiko tingi untuk dilanda banjir.
Pembaik pulih Bazar Kota. Para peniaga teruk terjejas akibat banjir ini. Peniaga-peniaga mendapatkan pinjaman daripada bank-bank untuk menubuhkan semula perniagaan mereka.
Membuka penempatan baru untuk penduduk. Sebuah rumah berharga 46 ribu tetapi penduduk hanya perlu membayar rumah tersebut dengan harga 25 ribu iaitu sebanyak RM 100 sebulan selama 25 tahun.
Projek pembaik pulih banjir iaitu sebanyak 22 projek.
- Fasa pertama adalah pada bulan Februari manakala fasa kedua pada bulan April.
- Antara yang dibaik pulih adalah jalanraya, perparitan, pencahayaan dan infrastruktur.

Secara keseluruhannya, perbelanjaan untuk membaik pulih daerah Kota Tinggi ini adalah sebanyak RM 10 juta yang diperolehi daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Hal-hal lain
- Peniaga Kota Tinggi dikecualikan daripada membayar cukai harta yang terdiri daripada lesen dan sewa gerai sehingga 7 jun 2008.
- Dewan Perniagaan Melayu dan Cina menganjurkan seminar khusus untuk para peniaga.
- Projek mendalamkan Sungai Johor yang menelan belanja sebanyak RM 60 juta.

HASIL KAJIAN

Maklumat di Majlis Daerah.


Tarikh : 3 September 2007
Tempat : Majlis daerah Kota Tinggi.
Pegawai : Tuan Haji Zainuddin Zainal Abidin, Pegawai Daerah Kota Tinggi.

Mangsa yang terlibat dalam bencana banjir seramai 7880 buah keluarga iaitu pada banjir pertama dan banjir kedua. Pelbagai bantuan diberikan kepada mangsa banjir sama ada oleh pihak kerajaan ataupun persatuan-persatuan. Bantuan diberikan kepada penduduk yang rumah mereka ditenggelami air dan juga kepada peniaga-peniaga yang turut terjejas, tetapi bantuan diberi keutamaan kepada rumah terlebih dahulu. Ini menyebabkan ramai peniaga yang menyuarakan rasa tidak puas hati mereka.

Kumpulan kami tidak mendapat banyak maklumat kerana pemberi maklumat tidak sempat untuk membuat persediaan yang secukupnya kerana kedatangan rombongan kami tidak diketahui oleh pihak Majlis Daerah, tetapi mereka cuba menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh para pelajar dengan sebaik mungkin. Pegawai berkenaan mencadangkan supaya kami mendapatkan maklumat yang lebih lengkap daripada jabatan-jabatan yang berkenaan.

Selasa, 25 September 2007

STRATEGI PEMBANDARAN DI MALAYSIA



Malaysia adalah sebuah Negara yang menjalankan dasar pembandaran yang seimbang. Terdapat beberapa strategi dalam melaksanakan dasar pembandaran seimbang di Malaysia. Antaranya ialah :

Pembandaran pinggir bandar

Kawasan-kawasan pinggir Bandar yang berpotensi dimajukan dilengkapkan dengan kemudahan-kemudahan pembandaran yang moden dan canggih melalui kaedah “rebakan Bandar” dan “Bandar satelit”. Sebagai contoh kawasan pinggir Bandar Kuala Lumpur seperti selayang, sungai way, gombak, ampang, senawang dan Putrajaya dimajukan dan dibangunkan sebagai Bandar satelit. Bandar-bandar berkenaan mengambil beberapa fungsi Bandar Kuala Lumpur seperti sebagai pusat kediaman dan pusat rekreasi agar tidak terlalau tertumpu di Bandar Kuala Lumpur yang sudah padat dan tepu bina.

Pembandaran kawasan mundur

Kawasan-kawasan pembangunan wilayah yang terletak di pedalaman dan jauh dari Bandar utama dalam sesebuah negeri turut diwujudkan Bandar-bandar baru bagi tujuan memberikan kemudahan-kemudahan pembandaran kepada penduduk sekitarnya yang agak jauh untuk diperolehi di Bandar-bandar utama. Program pembinaan Bandar-bandar baru ini mulai dilaksanakan awal tahun 1970-an serentak dengan penubuhan Lembaga Kemajuan Wilayah (LKW ). Antara Bandar-bandar baru yang diwujudkan di kawasan pembangunan wilayah ialah Bandar Jengka, dan Bandar Muazam Shah. Walaupun perkembangan dan pembangunan di Bandar-bandar baru ini agak perlahan, tetapi sekurang-kurangnya ia dapat memenuhi beberapa keperluan penduduk sekitar yang agak sukar diperolehi daripada Bandar-bandar besar yang lain yang terletak agak jauh. Dengan adanya Bandar-bandar baru ini juga ia telah menjadi pusat pertumbuhan ekonomi wilayah berkenaan.

Pembandaran pekan-pekan berpotensi

Di kawasn luar Bandar mungkin terdapatnya pekan-pekan berpotensi untuk dimajukan dan dijadikan sebagai Bandar kecil atau bersaiz sederhana. Dengan memejuka pekan-pekan ini, sudah tentunya kawasan-kawasan desa yang terpinggir juga boleh menikmati kelebihan Bandar. Antara pekan-pekan kecil yang dimajukan dan dinaik tarafkan menjadi Bandar ialah seperti Bandar Maran di pahang. Di pahang misalnya pihak kerajaan negeri telah memperkenalkan konsep “pembandaran simpang”. Pekan-pekan berpotensi yang terletak di persimpangan jalan-jalan utama akan dimajukan dan dimodenkan dengan industri, perumahan, kemudahan Bandar dan sebagainya.

Mewujudkan Bandar industri

Melalui dasar penyelerakan industri ke luar Bandar, kerajaan telah menggalakkan pelaburan industri ke kawasan-kawasan luar Bandar.

Rabu, 29 Ogos 2007


UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
PUSAT PENGAJIAN SOSIAL, PENBANGUNAN DAN PERSEKITARAN
43000, BANGI.

SOAL SELIDIK
URBANISASI DAN PEMBANGUNAN BANDAR
IMPAK BANJIR TERHADAP EKONOMI PENDUDUK
KAJIAN KES DI KOTA TINGGI, JOHOR
2007


NAMA AHLI KUMPULAN :
TUAN MOHD ZULFIKRI B. TUAN MAT A113010
JUMRIATI BT CHANTANDO A112487
NORLISA BT HUSIN A112712
NURUL KAMARIAH BT MOKHTARROJI A111985


Tuan / Puan yang dihormati

Salam sejahtera, kami daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM ) , Bangi sedang menjalankan kajian seperti yang tersebut diatas. Tuan / Puan merupakan salah seorang daripada responden yang terpilih secara rawak. Memandangkan pentingnya kajian ini, kami mengharapkan kerjasama Tuan / Puan menjawab semua soalan yang di kemukakan. Segala maklumat hanyalah untuk tujuan kajian dan akan DIRAHSIAKAN. Akhir kata, atas segala kerjasama yang Tuan / Puan berikan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

KERTAS KERJA KAJIAN LAPANGAN DI KOTA TINGGI

URBANISASI DAN PEMBANGUNAN BANDAR

Tajuk : Impak banjir terhadap ekonomi penduduk.
Kajian Kes : Taman Kemang, Kota Tinggi, Johor.

Pengenalan

Johor merupakan sebuah negeri yang pesat membangun dengan bangunan pencakar langit dan pusat membeli belah yang serba lengkap dan moden. Namun demikian, dicelah-celah pembangunan yang pesat ini berlaku bencana alam tidak dapat dielakkan. Banjir besar telah melanda Negeri Johor dan daerah yang paling teruk terjejas adalah daerah Kota Tinggi. Kota Tinggi telah ditenggelami air sebanyak dua kali iaitu pada 19 Disember 2006 dan 11 Januari 2007.
Satu kajian lapangan akan dilakukan di Kota Tinggi Johor bagi melihat impak banjir terhadap ekonomi penduduk terutama di Taman Kemang dan sekitar Bandar Kota Tinggi, Johor.

Objektif

Objektif kajian bertujuan untuk:
1) Mengenalpasti kegiatan ekonomi utama penduduk.
2) Melihat kesan banjir terhadap ekonomi penduduk.
3) Mengkaji sama ada kesan tersebut akan mempengaruhi pembangunan bandar atau sebaliknya.
4) Mencadangkan langkah-langkah yang boleh diambil oleh penduduk bagi mengelakkan kerugian yang lebih besar.

Metodologi kajian
1 ) Borang soal selidik
2 ) Pemerhatian
3 ) Temubual

Borang Soal Selidik

A ) Biodata

1.
Jantina

Agama

Etnik

Umur

Taraf perkahwinan

Pendapatan keluarga sebulan
RM
Taraf pendidikan

Bilangan isi rumah

Bilangan anak dalam keluarga

Bilangan anak yang masih bersekolah

Bilangan anak yang sudah bekerja

Jenis Pekerjaan



B )

Jumlah pampasan yang diterima




RM 500 – RM 1,000
RM1,100 - RM5,000
· RM5,100 - RM10,000
· RM10,000 ke atas




Tempoh tidak dapat pergi kerja
· 2 Minggu
· 1 bulan
· 2 bulan keatas

Adakah majikan memberi gaji dan bantuan sewaktu banjir melanda


· Ya
· Tidak
Nyatakan :………………………………………………………………………………


C )

1. Jenis bantuan






Kewangan
· Makanan
· Pakaian
· Keperluan dapur
· Keperluan anak yang bersekolah
· Perubatan

2. Pihak yang memberikan bantuan




· Kerajaan
· Swasta
· Ahli-ahli politik
· Persatuan-persatuan agama Buddha dan Kristian




3. Cara pembahagian bantuan
· Terus kepada mangsa
· Melalui Majlis Daerah
· Berperingkat

4. Tempoh pengagihan bantuan selepas banjir



· 2 Hari
· 1 Minggu
· 2 Minggu ke atas




5. Jumlah bantuan kepada mangsa (pelajar)
· RM100 – RM200
· RM200 – RM400
· RM400 ke atas

D)
1. Secara keseluruhan adakah Tuan/Puan berpuas hati dengan bantuan yang diberikan?
Jika ya/tidak. Nyatakan.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

2. Apakah cadangan Tuan/Puan untuk membangunkan ekonomi penduduk Kota Tinggi selepas banjir?…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Ahad, 5 Ogos 2007

strategi perlaksanaan

Dalam usaha kerajaan untuk mencapai matlamat pembangunan negara melalui proses pembangunan bandar yang dirancang dan dikenalpasti maka kerajaan telah merangka beberapa strategi khusus. Di antaranya ialah:
(i)

Mempastikan pembangunan bandar dengan lebih seimbang dari segi pembangunan fizikal, susunan kaum dan penyertaan dalam pembangunan bandar melalui pengurusan sumber yang lebih cekap seperti tanah, pengangkutan, perumahan, tenaga manusia dan infrastruktur sosial.
(ii)

Mempercepatkan proses pembandaran di kawasan luarbandar dengan cara melibatkan peneroka-peneroka di sekim pembangunan tanah dan penduduk-penduduk di kawasan in-situ dalam kegiatan-kegiatan ekonomi bandar melalui perkembangan perkhidmatan,perdagangan dan runcit serta industri-industri kecil. Penyertaan tersebut adalah bertujuan untuk mengurangkan pengaliran pendapatan kekawasan lain dan juga untuk menerapkan unsur-unsur pembangunan bagi mempergiatkan ekonomi tempatan.
(iii)

Mempastikan pembangunan secara teratur di pusat-pusat bandar yang sedia ada dengan mengambilkira keadaan tempatan. Selaras dengan tujuan ini pelan-pelan struktur bagi pusat-pusat utama dan pelan-pelan tempatan bagi umpulan-kumpulan pusat-pusat bandar kecil akan disediakan. Pelan-pelan ini akan menjadi garispanduan bagi pembangunan dan pembaharuan semula bandar di samping meningkatkan kecekapan dalam perancangan-perancangan kawasan-kawasan bandar.
(iv)

Mempercepatkan pembangunan bandar didalam kawasan-kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah dengan cara mengkaji kemungkinan-kemungkinan memperluaskan liputan dan bidang penglibatan sektor swasta selaras dengan usaha menggalakkan pembangunan kegiatan-kegiatan bandar terutamanya pembinaan, pembuatan dan perkhidmatan dalam kawasan-kawasan pembangunan wilayah berkenaan.
(v)

Memperkenalkan konsep memperbandarkan kampung-kampung dengan cara pengelompokan kampung-kampung kecil yang terletak berdekatan bagi dijadikan bandar kecil atau pusat pembangunan desa di mana kegiatan-kegiatan perindustrian kecil, perniagaan dan pertanian secara komersial dapat diwujudkan

objektif dasar urbanisasi negara

Selaras dengan usaha kerajaan untuk membentuk satu Dasar Urbanisasi Negara; objektif-objektif dasar yang khusus sedang dirangka. Dalam hal ini faktor-faktor berikut yang berkaitan dengan proses urbanisasi dan hubungannya dengan pembangunan ekonomi akan diambil kira:-
(i)

Proses demographi dan urbanisasi.
(ii)

Keadaan perkaitan yang rapat yang wujud di antara proses pembangunan sosio-ekonomi dengan proses dan pola-pola urbanisasi
(iii)

Kesan 'spatial'berikutan dengan perlaksanaan dasar dan program di peringkat negara dan wilayah.
(iv)

Dimensi-dimensi khusus dari segi proses perbandaran
(v)

Peralatan-peralatan dasar (Policy Instrument) yang telah dirangka untuk mencapai matlamat DEB.

rasional dasar urbanisasi negara

Pembangunan bandar yang seimbang adalah merupakan sebahagian daripada strategi yang penting untuk memupuksatu sistem ekonomi yang bersepadu. Ini akan tercapai melalui pengurangan jurang perbezaan antara wilayah supaya faedah daripada pembangunan ekonomi dan perkhidmatan asas bandaran dapat diagihkan secara meluas dan saksama di seluruh negara. Dalam hal ini pembentukan dasar urbanisasi negara akan dapat mengwujudkan pembangunan pusat-pusat bandar yang lebih teratur dalam satu rangkaian pusat-pusat bandar yang lebih padat dan yang mengandungi bandar-bandar yang berbeza dari segi saiz dan peranannya.
Rantaian perhubungan antara bandar dengan luarbandar yang lebih berkesan bukan sahaja membolehkan lebih ramai isi rumah luarbandar menyertai kegiatan-kegiatan berasaskan bandar yang mempunyai daya pengeluaran yang tinggi tetapi juga dapat mempercepatkan proses pemodenan kawasan-kawasan luarbandar.

dasar urbanisasi malaysia

Dasar Urbanisasi Negara Kembali
Latarbelakang
Setakat ini tidak ada dasar Urbanisasi Negara yangkomprehensif dan yang telah diistiharkan secara rasmi oleh kerajaan. Walaubagaimanapun terdapat beberapa strategi dan pendekatan berhubung dengan pembangunan bandar terutamanya dalam konteks pencapaian matlamat pembangunan negara yang berasaskan DEB.
Kerajaan menganggap bahawa proses urbanisasi yangdi rancang dan dikawal adalah merupakan satu strategi penting untuk mencapai matlamat DEB di samping memupuk perseimbangan ekonomi di antara bandar dan luarbandar. Selaras dengan ini kerajaan telah menubuhkan dua Jawantankuasa Tertinggi, satu dianggotai oleh ahli-ahli politik dengan dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri dan satu lagi dianggotai oleh pegawai- pegawai Tadbir dengan dipengurusikan oleh Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi. Tugas kedua-dua jawatankuasa in ialah untuk merancang dan merangka satu dasar Urbanisasi Negara yang lengkap dan komprenhensif
.

urbanisasi..

MELAKA 16 April - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu membuat perancangan awal bagi menghadapi proses urbanisasi dengan mematuhi pelan induk supaya dapat mewujudkan kehidupan berkualiti di bandar.
Timbalan Perdana Menteri berkata, ini kerana proses urbanisasi tanpa mengikut pelan induk akan menyebabkan pembangunan di bandar tidak terkawal sehingga menimbulkan pelbagai masalah termasuk persekitaran yang buruk.
``Proses urbanisasi di negara ini begitu dinamik dan pesat sekali dan dengan itu, PBT mestilah cepat membuat rancangan serta dapat menjangkakan dalam masa-masa tertentu berapa banyak penghuni baru di bandar.
``Itulah yang kena diperiksa awal-awal dengan keperluan sosial dan lain-lain mesti dirancang agar menjadi perkara wajib... mesti ada pelan induk,'' katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Bandaraya Berkembar 2002 di Bandar Hilir di sini, hari ini.
Bagaimanapun, kata Abdullah, sekarang ini, ada di antara perancangan yang tidak mengikut pelan induk disebabkan oleh berlakunya perkembangan lain dan tekanan baru pembangunan.
``Disebabkan itu, kawasan yang dikenal pasti untuk padang riadah dijadikan tapak perumahan baru dan kedai. Maka ini bermakna pelaksanaan pembangunan bandar mengikut pelan yang tidak betul,'' kata beliau.
Timbalan Perdana Menteri berkata, urbanisasi adalah satu perkembangan yang tidak boleh disekat, tetapi prosesnya perlu dijaga dengan mengambil kira nilai-nilai hidup kerana banyak penduduk luar bandar akan membanjiri bandar.
``Jika kawasan bandar tidak mempunyai perumahan secukupnya, tiada kemudahan awam, kesihatan, persekolahan dan riadah, maka mereka yang ramai ke bandar tentu sekali menimbulkan masalah,'' ujarnya.
Sehubungan itu, kata Abdullah, proses urbanisasi di Malaysia menekankan tentang pentingnya bandar-bandar yang dilengkapkan dengan kemudahan-kemudahan sosial yang diperlukan penghuni bandar.
``Kita mahu bandar menjadi kawasan yang rakyat merasa senang untuk hidup dengan tenang, tidak terlalu sempit, tidak kotor dan penduduk merasa gembira tinggal di situ.
``Ini dapat memastikan penduduk menikmati cara hidup lebih baik dan bermutu tinggi serta merasa selamat dan aman,'' kata beliau.
Abdullah menjelaskan, pada umumnya, berdasarkan pencapaian Malaysia, proses urbanisasi di Malaysia berjaya dilaksanakan, tetapi perlu dipertingkatkan kerana perkembangan di bandar begitu pesat.