Ahad, 5 Ogos 2007

strategi perlaksanaan

Dalam usaha kerajaan untuk mencapai matlamat pembangunan negara melalui proses pembangunan bandar yang dirancang dan dikenalpasti maka kerajaan telah merangka beberapa strategi khusus. Di antaranya ialah:
(i)

Mempastikan pembangunan bandar dengan lebih seimbang dari segi pembangunan fizikal, susunan kaum dan penyertaan dalam pembangunan bandar melalui pengurusan sumber yang lebih cekap seperti tanah, pengangkutan, perumahan, tenaga manusia dan infrastruktur sosial.
(ii)

Mempercepatkan proses pembandaran di kawasan luarbandar dengan cara melibatkan peneroka-peneroka di sekim pembangunan tanah dan penduduk-penduduk di kawasan in-situ dalam kegiatan-kegiatan ekonomi bandar melalui perkembangan perkhidmatan,perdagangan dan runcit serta industri-industri kecil. Penyertaan tersebut adalah bertujuan untuk mengurangkan pengaliran pendapatan kekawasan lain dan juga untuk menerapkan unsur-unsur pembangunan bagi mempergiatkan ekonomi tempatan.
(iii)

Mempastikan pembangunan secara teratur di pusat-pusat bandar yang sedia ada dengan mengambilkira keadaan tempatan. Selaras dengan tujuan ini pelan-pelan struktur bagi pusat-pusat utama dan pelan-pelan tempatan bagi umpulan-kumpulan pusat-pusat bandar kecil akan disediakan. Pelan-pelan ini akan menjadi garispanduan bagi pembangunan dan pembaharuan semula bandar di samping meningkatkan kecekapan dalam perancangan-perancangan kawasan-kawasan bandar.
(iv)

Mempercepatkan pembangunan bandar didalam kawasan-kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah dengan cara mengkaji kemungkinan-kemungkinan memperluaskan liputan dan bidang penglibatan sektor swasta selaras dengan usaha menggalakkan pembangunan kegiatan-kegiatan bandar terutamanya pembinaan, pembuatan dan perkhidmatan dalam kawasan-kawasan pembangunan wilayah berkenaan.
(v)

Memperkenalkan konsep memperbandarkan kampung-kampung dengan cara pengelompokan kampung-kampung kecil yang terletak berdekatan bagi dijadikan bandar kecil atau pusat pembangunan desa di mana kegiatan-kegiatan perindustrian kecil, perniagaan dan pertanian secara komersial dapat diwujudkan

objektif dasar urbanisasi negara

Selaras dengan usaha kerajaan untuk membentuk satu Dasar Urbanisasi Negara; objektif-objektif dasar yang khusus sedang dirangka. Dalam hal ini faktor-faktor berikut yang berkaitan dengan proses urbanisasi dan hubungannya dengan pembangunan ekonomi akan diambil kira:-
(i)

Proses demographi dan urbanisasi.
(ii)

Keadaan perkaitan yang rapat yang wujud di antara proses pembangunan sosio-ekonomi dengan proses dan pola-pola urbanisasi
(iii)

Kesan 'spatial'berikutan dengan perlaksanaan dasar dan program di peringkat negara dan wilayah.
(iv)

Dimensi-dimensi khusus dari segi proses perbandaran
(v)

Peralatan-peralatan dasar (Policy Instrument) yang telah dirangka untuk mencapai matlamat DEB.

rasional dasar urbanisasi negara

Pembangunan bandar yang seimbang adalah merupakan sebahagian daripada strategi yang penting untuk memupuksatu sistem ekonomi yang bersepadu. Ini akan tercapai melalui pengurangan jurang perbezaan antara wilayah supaya faedah daripada pembangunan ekonomi dan perkhidmatan asas bandaran dapat diagihkan secara meluas dan saksama di seluruh negara. Dalam hal ini pembentukan dasar urbanisasi negara akan dapat mengwujudkan pembangunan pusat-pusat bandar yang lebih teratur dalam satu rangkaian pusat-pusat bandar yang lebih padat dan yang mengandungi bandar-bandar yang berbeza dari segi saiz dan peranannya.
Rantaian perhubungan antara bandar dengan luarbandar yang lebih berkesan bukan sahaja membolehkan lebih ramai isi rumah luarbandar menyertai kegiatan-kegiatan berasaskan bandar yang mempunyai daya pengeluaran yang tinggi tetapi juga dapat mempercepatkan proses pemodenan kawasan-kawasan luarbandar.

dasar urbanisasi malaysia

Dasar Urbanisasi Negara Kembali
Latarbelakang
Setakat ini tidak ada dasar Urbanisasi Negara yangkomprehensif dan yang telah diistiharkan secara rasmi oleh kerajaan. Walaubagaimanapun terdapat beberapa strategi dan pendekatan berhubung dengan pembangunan bandar terutamanya dalam konteks pencapaian matlamat pembangunan negara yang berasaskan DEB.
Kerajaan menganggap bahawa proses urbanisasi yangdi rancang dan dikawal adalah merupakan satu strategi penting untuk mencapai matlamat DEB di samping memupuk perseimbangan ekonomi di antara bandar dan luarbandar. Selaras dengan ini kerajaan telah menubuhkan dua Jawantankuasa Tertinggi, satu dianggotai oleh ahli-ahli politik dengan dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri dan satu lagi dianggotai oleh pegawai- pegawai Tadbir dengan dipengurusikan oleh Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi. Tugas kedua-dua jawatankuasa in ialah untuk merancang dan merangka satu dasar Urbanisasi Negara yang lengkap dan komprenhensif
.

urbanisasi..

MELAKA 16 April - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu membuat perancangan awal bagi menghadapi proses urbanisasi dengan mematuhi pelan induk supaya dapat mewujudkan kehidupan berkualiti di bandar.
Timbalan Perdana Menteri berkata, ini kerana proses urbanisasi tanpa mengikut pelan induk akan menyebabkan pembangunan di bandar tidak terkawal sehingga menimbulkan pelbagai masalah termasuk persekitaran yang buruk.
``Proses urbanisasi di negara ini begitu dinamik dan pesat sekali dan dengan itu, PBT mestilah cepat membuat rancangan serta dapat menjangkakan dalam masa-masa tertentu berapa banyak penghuni baru di bandar.
``Itulah yang kena diperiksa awal-awal dengan keperluan sosial dan lain-lain mesti dirancang agar menjadi perkara wajib... mesti ada pelan induk,'' katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Bandaraya Berkembar 2002 di Bandar Hilir di sini, hari ini.
Bagaimanapun, kata Abdullah, sekarang ini, ada di antara perancangan yang tidak mengikut pelan induk disebabkan oleh berlakunya perkembangan lain dan tekanan baru pembangunan.
``Disebabkan itu, kawasan yang dikenal pasti untuk padang riadah dijadikan tapak perumahan baru dan kedai. Maka ini bermakna pelaksanaan pembangunan bandar mengikut pelan yang tidak betul,'' kata beliau.
Timbalan Perdana Menteri berkata, urbanisasi adalah satu perkembangan yang tidak boleh disekat, tetapi prosesnya perlu dijaga dengan mengambil kira nilai-nilai hidup kerana banyak penduduk luar bandar akan membanjiri bandar.
``Jika kawasan bandar tidak mempunyai perumahan secukupnya, tiada kemudahan awam, kesihatan, persekolahan dan riadah, maka mereka yang ramai ke bandar tentu sekali menimbulkan masalah,'' ujarnya.
Sehubungan itu, kata Abdullah, proses urbanisasi di Malaysia menekankan tentang pentingnya bandar-bandar yang dilengkapkan dengan kemudahan-kemudahan sosial yang diperlukan penghuni bandar.
``Kita mahu bandar menjadi kawasan yang rakyat merasa senang untuk hidup dengan tenang, tidak terlalu sempit, tidak kotor dan penduduk merasa gembira tinggal di situ.
``Ini dapat memastikan penduduk menikmati cara hidup lebih baik dan bermutu tinggi serta merasa selamat dan aman,'' kata beliau.
Abdullah menjelaskan, pada umumnya, berdasarkan pencapaian Malaysia, proses urbanisasi di Malaysia berjaya dilaksanakan, tetapi perlu dipertingkatkan kerana perkembangan di bandar begitu pesat.