Jumaat, 28 September 2007

HASIL KAJIAN

Tarikh : 3 September 2007
Tempat : Jabatan Perancangan Bandar, Kota Tinggi.
Pegawai : Md. Khisban B. Abu Yamin
Ketua Bahagian Pembangunan dan Penyelenggaraan

Majlis Daerah Kota Tinggi telah melakukan banyak pembaikpulihan bagi membangunkan lagi daerah Kota Tinggi khususnya selepas banjir melanda. Antara projek-projek yang dilakukan adalah :

Penempatan semula penduduk yang tinggal dikawasan yang berisiko tingi untuk dilanda banjir.
Pembaik pulih Bazar Kota. Para peniaga teruk terjejas akibat banjir ini. Peniaga-peniaga mendapatkan pinjaman daripada bank-bank untuk menubuhkan semula perniagaan mereka.
Membuka penempatan baru untuk penduduk. Sebuah rumah berharga 46 ribu tetapi penduduk hanya perlu membayar rumah tersebut dengan harga 25 ribu iaitu sebanyak RM 100 sebulan selama 25 tahun.
Projek pembaik pulih banjir iaitu sebanyak 22 projek.
- Fasa pertama adalah pada bulan Februari manakala fasa kedua pada bulan April.
- Antara yang dibaik pulih adalah jalanraya, perparitan, pencahayaan dan infrastruktur.

Secara keseluruhannya, perbelanjaan untuk membaik pulih daerah Kota Tinggi ini adalah sebanyak RM 10 juta yang diperolehi daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Hal-hal lain
- Peniaga Kota Tinggi dikecualikan daripada membayar cukai harta yang terdiri daripada lesen dan sewa gerai sehingga 7 jun 2008.
- Dewan Perniagaan Melayu dan Cina menganjurkan seminar khusus untuk para peniaga.
- Projek mendalamkan Sungai Johor yang menelan belanja sebanyak RM 60 juta.

HASIL KAJIAN

Maklumat di Majlis Daerah.


Tarikh : 3 September 2007
Tempat : Majlis daerah Kota Tinggi.
Pegawai : Tuan Haji Zainuddin Zainal Abidin, Pegawai Daerah Kota Tinggi.

Mangsa yang terlibat dalam bencana banjir seramai 7880 buah keluarga iaitu pada banjir pertama dan banjir kedua. Pelbagai bantuan diberikan kepada mangsa banjir sama ada oleh pihak kerajaan ataupun persatuan-persatuan. Bantuan diberikan kepada penduduk yang rumah mereka ditenggelami air dan juga kepada peniaga-peniaga yang turut terjejas, tetapi bantuan diberi keutamaan kepada rumah terlebih dahulu. Ini menyebabkan ramai peniaga yang menyuarakan rasa tidak puas hati mereka.

Kumpulan kami tidak mendapat banyak maklumat kerana pemberi maklumat tidak sempat untuk membuat persediaan yang secukupnya kerana kedatangan rombongan kami tidak diketahui oleh pihak Majlis Daerah, tetapi mereka cuba menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh para pelajar dengan sebaik mungkin. Pegawai berkenaan mencadangkan supaya kami mendapatkan maklumat yang lebih lengkap daripada jabatan-jabatan yang berkenaan.