Rabu, 24 Oktober 2007

UKM DI ISS


Laporan ringkas penyelidikan saintis UKM di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS)
Pelancaran roket Soyuz pada 10 Oktober 2007 yang membawa angkasawan pertama Malaysia menandakan satu titik sejarah dalam bidang sains angkasa negara.
Tiga kajian dalam bidang sains hayat telah dibawa bersama Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Dua daripada eksperimen ini diketuai oleh penyelidik dari UKM iaitu Profesor Dr. A Rahman A Jamal, yang mengetuai kajian sel kanser di angkasa dan Profesor Dr. Ramelah Mohamed yang mengetuai kajian mikrob di angkasa.
Profesor Dr. A Rahman yang juga merupakan ketua pasukan saintifik bertanggungjawab berkomunikasi dengan Dr. Sheikh Muszaphar pada sesi komunikasi teknikal yang dijalankan dua kali sehari di Pusat Kawalan Misi (MCC), Moscow. Dengan sokongan dan panduan daripada semua saintis dan pasukan teknikal di MCC, serta latihan dan pemahaman yang mendalam, Dr. Sheikh Muszaphar telah berjaya menyempurnakan semua eksperimen sains angkasa dengan cemerlang. Prestasi beliau sebagai seorang angkasawan juga dipuji oleh pihak Rusia dan juga rakan dari Agensi Angkasa Eropah.
Penyempurnaan penyelidikan sains angkasa ini bersama misi angkasawan menandakan satu pencapaian baru bagi saintis Malaysia dalam bidang yang bukan sahaja memerlukan kepakaran bidang sains hayat, malahan dalam bidang kejuruteraan aeroangkasa, serta aspek logistik dan teknikal yang lain. UKM kini mempunyai kapasiti untuk meneruskan kajian seperti ini bagi menyahut seruan pimpinan negara agar penyelidikan sains angkasa diteruskan.

SALAM DARI ANGKASA


Angkasawan pertama Malaysia, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha menyampaikan salamnya kepada semua warga UKM. Beliau menyampaikan salam ini melalui perbualan ringkas dengan Naib Canselor UKM, Prof. Dato’ Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin menerusi radio di Planetarium Negara, Kuala Lumpur pada pagi 17 Oktober 2007. Dalam perbualan itu juga, beliau menyampaikan hasrat dan tekad untuk terus meningkatkan nama baik UKM sebagai universiti awam nombor satu di Malaysia. Dr. Sheikh Muszaphar adalah doktor ortopedik dan pensyarah perubatan pelatih di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), beliau telah berjaya membuat ujikaji mengenai kesan mikrograviti dan radiasi angkasa lepas terhadap sel dan mikrob, di samping mengenal pasti protein yang berpotensi sebagai vaksin HIV.Dr. Sheikh Muszaphar yang berada selama 10 hari di ISS dijadualkan berlepas pulang pada 21 Oktober 2007.Prof. Dato' Dr. Sharifah Hapsah berharap semua warga UKM akan mendoakan keselamatan perjalanan pulang Dr. Sheikh Muszaphar ke bumi. Beliau juga berharap semua warga UKM akan melakukan solat hajat agar Dr. Sheikh Muszaphar selamat pulang ke tanah air.

UKM DI ANGKASA



Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha dipilih oleh Jawatankuasa Pemilihan Angkasawan Agensi Angkasa Rusia (Roscosmos) sebagai angkasawan pertama Malaysia untuk misi ke angkasa lepas selama 10 hari di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Dr. Sheikh Muszaphar adalah doktor ortopedik dan pensyarah perubatan pelatih di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Beliau akan berlepas bersama Komander Peggy Whitson dari Amerika Syarikat dan jurutera penerbangan Yuri Malenchenko di tapak pelancaran Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan pada 10 Oktober 2007, pukul 7.21 malam waktu tempatan (9.21 malam waktu Malaysia). Di ISS, beliau akan membuat ujikaji mengenai kesan mikrograviti dan radiasi angkasa lepas terhadap sel dan mikrob, di samping mengenalpasti protein yang berpotensi sebagai vaksin HIV. Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Jamaluddin Jarjis, pemilihan Dr. Sheikh Muszaphar adalah berasaskan pencalonan asal oleh Malaysia kepada Roscosmos yang mencalonkan Dr. Sheikh Muszaphar sebagai calon pertama dan Kapten Dr. Faiz Khaleed, 27, sebagai calon kedua.Selain itu, jawatankuasa berkenaan turut mengambil kira laporan semua komponen dan pihak yang terlibat dalam melatih kedua-dua angkasawan itu. Terdahulu, Dr. Sheikh Muszaphar telah dipilih bersama tiga calon lain pada awal tahun 2006 untuk program Angkasawan Negara. Setelah tamat latihan awal di Star City di Russia, beliau dan Kapten Dr. Faiz Khaleed telah terpilih untuk menjalani latihan 18 bulan di Russia.Program Angkasawan Negara itu adalah persetujuan timbal-balik pembelian 18 jet pejuang Sukhoi SU-30 MKM bernilai RM3.4 bilion dari Rusia dan ditandatangani pada 5 Ogos 2003. Warga UKM mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada Dr. Sheikh Muszaphar. Malaysia Boleh!

Selasa, 23 Oktober 2007

Kemiskinan Bandar dan Sektor Tidak Formal di Malaysia.

Peningkatan jumlah penduduk bandar menjadi satu trend di kebanyakan negara membangun hari ini. Kepesatan pembangunan di bandar mewujudkan peluang pekerjaan yang menarik migrasi desa-bandar dan menyumbang kepada peningkatan kadar pembandaran. Kepesatan pertumbuhan penduduk secara semula jadi dan peluasan sempadan bandar juga menjadi faktor yang menyumbang kepada fenomena ini yang seterusnya mewujudkan masalah kemiskinan bandar. Masalah kemiskinan bandar berkait rapat dengan kekurangan peluang pekerjaan dan persaingan untuk mendapatkan pekerjaan bergaji lumayan. Salah satu dasar dan hala tuju pembangunan kerajaan adalah untuk mengurangkan jurang kemiskinan secara berkesan dan proaktif. Peluang pekerjaan yang wujud di bandar, sama ada di sektor formal atau tidak formal dipercayai dapat mengubah corak hidup dan meningkatkan taraf hidup penduduk yang disasarkan. Deretan isu yang dapat diikuti dalam buku ini turut memfokus kepada aktiviti yang dapat menyumbang kepada peningkatan pendapatan golongan miskin di sektor tidak formal. Kajian di beberapa bandar terpilih menunjukkan perniagaan adalah aktiviti tidak formal yang popular di kalangan golongan miskin bandar. Pendapatan yang diterima daripada aktiviti ini walaupun tidak lumayan tetapi sekurang-kurangnya memberi peluang kepada mereka untuk meneruskan perjuangan hidup di bandar yang begitu mencabar.

Kemiskinan Bandar dan Sektor Tidak Formal di Malaysia. 2003. Penerbit UKM: Bangi. ISBN 967-942-559-1 (paperback). 198 hlm. RM 25.00. Nor Aini Haji Idris & Chamhuri Siwar (disunting).

Jumaat, 5 Oktober 2007

konsep pembangunan yg tidak seimbang

pembangunan yg tidak seimbang bermaksud aras kemajuan sosio-ekonomi yg tidak sama rata dicapai dlm sesebuah negara atau wilayah. ada kawasan yg mundur dan ada kawasan yg maju. perbezaan indeks sosio-ekonomi seperti kdnk antara kawasan, pendapatan perkapita, kiasa beli pengguna, tabungan, taraf kesihatan seperti nisbah bilangan doktor dgn pesakit, taraf pendidikan seperti kadar buta huruf dan lain-lain biasanya di guna untuk mengukur ketidakseimbangan pembangunan yg dicapai antara kawasan/wilayah. jika malaysia dijadikan contoh, pembangunan yg tidak seimbang boleh ditunjukkan dlm pelbagai kwsan. misalnya ketidakseimbangan pembangunan antara malaysia barat dan malaysia timur, antara pantai barat semenanjung dengan panai timurnya, antara kawasan bandar dan luar bandarnya, antara negeri-negeri dan juga antara kaum-kaum. pendek kata, kawasan-kawasan yang disebutkan tadi mempunyai jurang kemajuan sosio-ekonomi.

Khamis, 4 Oktober 2007

Ahad, 30 September 2007

MASALAH-MASALAH YANG TIMBUL AKIBAT PEMBANGUNAN YANG TINGGI.

MASALAH PENGANGGURAN DAN KEMISKINAN BANDAR

Ekonomi bandar tidak mampu menyerap lebihan penduduk yang terlalau ramai akibat migrasi masuk. peluang pekerjaan yang ada terhad untuk dipadankan dengan kelulusan,kelayakan da kemahiran yang ada pada migran. sebahagian besar sektor ekonomi bandar bersifat semi profesional atau profesional yg memerlukan kelulusan y tinggi. sedangkan migran yg tidak memiliki keleyakan tersebut. kebanyaka mereka bekerja dalam sektor informal. justeru masalah pengangguran akan berlaku, kos hidup yg tinggi menyebabka kualiti dan taraf hidup pendudu bandar menjadi rendah, kemiskinan bandar akan berlak. urbanisasi seumpama ini digelar " URBANISASI PALSU"