Rabu, 24 Oktober 2007

SALAM DARI ANGKASA


Angkasawan pertama Malaysia, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha menyampaikan salamnya kepada semua warga UKM. Beliau menyampaikan salam ini melalui perbualan ringkas dengan Naib Canselor UKM, Prof. Dato’ Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin menerusi radio di Planetarium Negara, Kuala Lumpur pada pagi 17 Oktober 2007. Dalam perbualan itu juga, beliau menyampaikan hasrat dan tekad untuk terus meningkatkan nama baik UKM sebagai universiti awam nombor satu di Malaysia. Dr. Sheikh Muszaphar adalah doktor ortopedik dan pensyarah perubatan pelatih di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), beliau telah berjaya membuat ujikaji mengenai kesan mikrograviti dan radiasi angkasa lepas terhadap sel dan mikrob, di samping mengenal pasti protein yang berpotensi sebagai vaksin HIV.Dr. Sheikh Muszaphar yang berada selama 10 hari di ISS dijadualkan berlepas pulang pada 21 Oktober 2007.Prof. Dato' Dr. Sharifah Hapsah berharap semua warga UKM akan mendoakan keselamatan perjalanan pulang Dr. Sheikh Muszaphar ke bumi. Beliau juga berharap semua warga UKM akan melakukan solat hajat agar Dr. Sheikh Muszaphar selamat pulang ke tanah air.

Tiada ulasan: