pembangunan yg tidak seimbang bermaksud aras kemajuan sosio-ekonomi yg tidak sama rata dicapai dlm sesebuah negara atau wilayah. ada kawasan yg mundur dan ada kawasan yg maju. perbezaan indeks sosio-ekonomi seperti kdnk antara kawasan, pendapatan perkapita, kiasa beli pengguna, tabungan, taraf kesihatan seperti nisbah bilangan doktor dgn pesakit, taraf pendidikan seperti kadar buta huruf dan lain-lain biasanya di guna untuk mengukur ketidakseimbangan pembangunan yg dicapai antara kawasan/wilayah. jika malaysia dijadikan contoh, pembangunan yg tidak seimbang boleh ditunjukkan dlm pelbagai kwsan. misalnya ketidakseimbangan pembangunan antara malaysia barat dan malaysia timur, antara pantai barat semenanjung dengan panai timurnya, antara kawasan bandar dan luar bandarnya, antara negeri-negeri dan juga antara kaum-kaum. pendek kata, kawasan-kawasan yang disebutkan tadi mempunyai jurang kemajuan sosio-ekonomi.
Jumaat, 5 Oktober 2007
Khamis, 4 Oktober 2007
Ahad, 30 September 2007
MASALAH-MASALAH YANG TIMBUL AKIBAT PEMBANGUNAN YANG TINGGI.
MASALAH PENGANGGURAN DAN KEMISKINAN BANDAR
Ekonomi bandar tidak mampu menyerap lebihan penduduk yang terlalau ramai akibat migrasi masuk. peluang pekerjaan yang ada terhad untuk dipadankan dengan kelulusan,kelayakan da kemahiran yang ada pada migran. sebahagian besar sektor ekonomi bandar bersifat semi profesional atau profesional yg memerlukan kelulusan y tinggi. sedangkan migran yg tidak memiliki keleyakan tersebut. kebanyaka mereka bekerja dalam sektor informal. justeru masalah pengangguran akan berlaku, kos hidup yg tinggi menyebabka kualiti dan taraf hidup pendudu bandar menjadi rendah, kemiskinan bandar akan berlak. urbanisasi seumpama ini digelar " URBANISASI PALSU"
Jumaat, 28 September 2007
HASIL KAJIAN
Tarikh : 3 September 2007
Tempat : Jabatan Perancangan Bandar, Kota Tinggi.
Pegawai : Md. Khisban B. Abu Yamin
Ketua Bahagian Pembangunan dan Penyelenggaraan
Majlis Daerah Kota Tinggi telah melakukan banyak pembaikpulihan bagi membangunkan lagi daerah Kota Tinggi khususnya selepas banjir melanda. Antara projek-projek yang dilakukan adalah :
Penempatan semula penduduk yang tinggal dikawasan yang berisiko tingi untuk dilanda banjir.
Pembaik pulih Bazar Kota. Para peniaga teruk terjejas akibat banjir ini. Peniaga-peniaga mendapatkan pinjaman daripada bank-bank untuk menubuhkan semula perniagaan mereka.
Membuka penempatan baru untuk penduduk. Sebuah rumah berharga 46 ribu tetapi penduduk hanya perlu membayar rumah tersebut dengan harga 25 ribu iaitu sebanyak RM 100 sebulan selama 25 tahun.
Projek pembaik pulih banjir iaitu sebanyak 22 projek.
- Fasa pertama adalah pada bulan Februari manakala fasa kedua pada bulan April.
- Antara yang dibaik pulih adalah jalanraya, perparitan, pencahayaan dan infrastruktur.
Secara keseluruhannya, perbelanjaan untuk membaik pulih daerah Kota Tinggi ini adalah sebanyak RM 10 juta yang diperolehi daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Hal-hal lain
- Peniaga Kota Tinggi dikecualikan daripada membayar cukai harta yang terdiri daripada lesen dan sewa gerai sehingga 7 jun 2008.
- Dewan Perniagaan Melayu dan Cina menganjurkan seminar khusus untuk para peniaga.
- Projek mendalamkan Sungai Johor yang menelan belanja sebanyak RM 60 juta.
Dicatat oleh
jumi luv u
di
10:01 PG
0
ulasan
Label: hasil kajian lapangan di kota tinggi..., urbanisasi dan pembangunan bandar...
HASIL KAJIAN
Maklumat di Majlis Daerah.
Tarikh : 3 September 2007
Tempat : Majlis daerah Kota Tinggi.
Pegawai : Tuan Haji Zainuddin Zainal Abidin, Pegawai Daerah Kota Tinggi.
Mangsa yang terlibat dalam bencana banjir seramai 7880 buah keluarga iaitu pada banjir pertama dan banjir kedua. Pelbagai bantuan diberikan kepada mangsa banjir sama ada oleh pihak kerajaan ataupun persatuan-persatuan. Bantuan diberikan kepada penduduk yang rumah mereka ditenggelami air dan juga kepada peniaga-peniaga yang turut terjejas, tetapi bantuan diberi keutamaan kepada rumah terlebih dahulu. Ini menyebabkan ramai peniaga yang menyuarakan rasa tidak puas hati mereka.
Kumpulan kami tidak mendapat banyak maklumat kerana pemberi maklumat tidak sempat untuk membuat persediaan yang secukupnya kerana kedatangan rombongan kami tidak diketahui oleh pihak Majlis Daerah, tetapi mereka cuba menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh para pelajar dengan sebaik mungkin. Pegawai berkenaan mencadangkan supaya kami mendapatkan maklumat yang lebih lengkap daripada jabatan-jabatan yang berkenaan.
Dicatat oleh
jumi luv u
di
9:55 PG
0
ulasan
Label: hasil kajian lapangan di kota tinggi..., urbanisasi dan pembangunan bandar...
Selasa, 25 September 2007
STRATEGI PEMBANDARAN DI MALAYSIA
Malaysia adalah sebuah Negara yang menjalankan dasar pembandaran yang seimbang. Terdapat beberapa strategi dalam melaksanakan dasar pembandaran seimbang di Malaysia. Antaranya ialah : Pembandaran pinggir bandar Kawasan-kawasan pinggir Bandar yang berpotensi dimajukan dilengkapkan dengan kemudahan-kemudahan pembandaran yang moden dan canggih melalui kaedah “rebakan Bandar” dan “Bandar satelit”. Sebagai contoh kawasan pinggir Bandar Kuala Lumpur seperti selayang, sungai way, gombak, ampang, senawang dan Putrajaya dimajukan dan dibangunkan sebagai Bandar satelit. Bandar-bandar berkenaan mengambil beberapa fungsi Bandar Kuala Lumpur seperti sebagai pusat kediaman dan pusat rekreasi agar tidak terlalau tertumpu di Bandar Kuala Lumpur yang sudah padat dan tepu bina. Pembandaran kawasan mundur Kawasan-kawasan pembangunan wilayah yang terletak di pedalaman dan jauh dari Bandar utama dalam sesebuah negeri turut diwujudkan Bandar-bandar baru bagi tujuan memberikan kemudahan-kemudahan pembandaran kepada penduduk sekitarnya yang agak jauh untuk diperolehi di Bandar-bandar utama. Program pembinaan Bandar-bandar baru ini mulai dilaksanakan awal tahun 1970-an serentak dengan penubuhan Lembaga Kemajuan Wilayah (LKW ). Antara Bandar-bandar baru yang diwujudkan di kawasan pembangunan wilayah ialah Bandar Jengka, dan Bandar Muazam Shah. Walaupun perkembangan dan pembangunan di Bandar-bandar baru ini agak perlahan, tetapi sekurang-kurangnya ia dapat memenuhi beberapa keperluan penduduk sekitar yang agak sukar diperolehi daripada Bandar-bandar besar yang lain yang terletak agak jauh. Dengan adanya Bandar-bandar baru ini juga ia telah menjadi pusat pertumbuhan ekonomi wilayah berkenaan. Pembandaran pekan-pekan berpotensi Di kawasn luar Bandar mungkin terdapatnya pekan-pekan berpotensi untuk dimajukan dan dijadikan sebagai Bandar kecil atau bersaiz sederhana. Dengan memejuka pekan-pekan ini, sudah tentunya kawasan-kawasan desa yang terpinggir juga boleh menikmati kelebihan Bandar. Antara pekan-pekan kecil yang dimajukan dan dinaik tarafkan menjadi Bandar ialah seperti Bandar Maran di pahang. Di pahang misalnya pihak kerajaan negeri telah memperkenalkan konsep “pembandaran simpang”. Pekan-pekan berpotensi yang terletak di persimpangan jalan-jalan utama akan dimajukan dan dimodenkan dengan industri, perumahan, kemudahan Bandar dan sebagainya. Mewujudkan Bandar industri Melalui dasar penyelerakan industri ke luar Bandar, kerajaan telah menggalakkan pelaburan industri ke kawasan-kawasan luar Bandar. |
Ahad, 16 September 2007
SISTEM RAMALAN DAN AMARAN BANJIR
Sistem ramalan banjir dan telemetri telah diujudkan pada tahun 1978 untuk mengesan secara terus menerus (real time) hujan dan paras banjir sungai di lokasi-lokasi yang utama. Dengan adanya data-data ini, ramalan dan amaran kemungkinan berlaku banjir pada lokasi-lokasi yang penting dapat dibuat dengan cepat.Paras air di Empangan Klang Gates dan Empangan Batu juga dikesan dan operasi pintu kawalan air juga dikawal oleh sistem ini.
Sistem ini terdiri daripada satu stesyen utama, lapan station tolok sungai, sembilan stesyen tolok hujan dan dirangkaikan dengan menggunakan sistem telemetri.
Walau bagaimanapun, dengan pembangunan yang pesat dan penukaran morphologi sungai yang besar, sistem ini akan dikemaskini dan diperluaskan. Antara kerja yang dicadang untuk dilaksanakan adalah:
· Penggunaan telekomunikasi yang terkini
· Penwujudan model mathematik analisa yang menyeluruh dan cepat
· Penggunaan model "river routing channel" yang lebih canggih untuk membolehkan ramalan aliran banjir dan paras air yang lebih tepat.
· Pembolehan amaran banjir dikeluarkan lebih awal.
· Kerja-kerja ini dijangka dapat disiapkan pada tahun 2005.
Dicatat oleh
jumi luv u
di
10:38 PTG
0
ulasan
Label: bencana banjir....



