UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
PUSAT PENGAJIAN SOSIAL, PENBANGUNAN DAN PERSEKITARAN
43000, BANGI.
SOAL SELIDIK
URBANISASI DAN PEMBANGUNAN BANDAR
IMPAK BANJIR TERHADAP EKONOMI PENDUDUK
KAJIAN KES DI KOTA TINGGI, JOHOR
2007
NAMA AHLI KUMPULAN :
TUAN MOHD ZULFIKRI B. TUAN MAT A113010
JUMRIATI BT CHANTANDO A112487
NORLISA BT HUSIN A112712
NURUL KAMARIAH BT MOKHTARROJI A111985
Tuan / Puan yang dihormati
Salam sejahtera, kami daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM ) , Bangi sedang menjalankan kajian seperti yang tersebut diatas. Tuan / Puan merupakan salah seorang daripada responden yang terpilih secara rawak. Memandangkan pentingnya kajian ini, kami mengharapkan kerjasama Tuan / Puan menjawab semua soalan yang di kemukakan. Segala maklumat hanyalah untuk tujuan kajian dan akan DIRAHSIAKAN. Akhir kata, atas segala kerjasama yang Tuan / Puan berikan saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Rabu, 29 Ogos 2007
Dicatat oleh
jumi luv u
di
10:23 PG
0
ulasan
Label: hasil kajian lapangan di kota tinggi..., urbanisasi dan pembangunan bandar...
KERTAS KERJA KAJIAN LAPANGAN DI KOTA TINGGI
| URBANISASI DAN PEMBANGUNAN BANDAR Tajuk : Impak banjir terhadap ekonomi penduduk. Kajian Kes : Taman Kemang, Kota Tinggi, Johor. Pengenalan Johor merupakan sebuah negeri yang pesat membangun dengan bangunan pencakar langit dan pusat membeli belah yang serba lengkap dan moden. Namun demikian, dicelah-celah pembangunan yang pesat ini berlaku bencana alam tidak dapat dielakkan. Banjir besar telah melanda Negeri Johor dan daerah yang paling teruk terjejas adalah daerah Kota Tinggi. Kota Tinggi telah ditenggelami air sebanyak dua kali iaitu pada 19 Disember 2006 dan 11 Januari 2007. Satu kajian lapangan akan dilakukan di Kota Tinggi Johor bagi melihat impak banjir terhadap ekonomi penduduk terutama di Taman Kemang dan sekitar Bandar Kota Tinggi, Johor. Objektif Objektif kajian bertujuan untuk: 1) Mengenalpasti kegiatan ekonomi utama penduduk. 2) Melihat kesan banjir terhadap ekonomi penduduk. 3) Mengkaji sama ada kesan tersebut akan mempengaruhi pembangunan bandar atau sebaliknya. 4) Mencadangkan langkah-langkah yang boleh diambil oleh penduduk bagi mengelakkan kerugian yang lebih besar. Metodologi kajian 1 ) Borang soal selidik 2 ) Pemerhatian 3 ) Temubual |
Dicatat oleh
jumi luv u
di
10:18 PG
0
ulasan
Label: hasil kajian lapangan di kota tinggi..., urbanisasi dan pembangunan bandar...
Borang Soal Selidik
| A ) Biodata 1. Jantina Agama Etnik Umur Taraf perkahwinan Pendapatan keluarga sebulan RM Taraf pendidikan Bilangan isi rumah Bilangan anak dalam keluarga Bilangan anak yang masih bersekolah Bilangan anak yang sudah bekerja Jenis Pekerjaan B ) Jumlah pampasan yang diterima RM 500 – RM 1,000 RM1,100 - RM5,000 · RM5,100 - RM10,000 · RM10,000 ke atas Tempoh tidak dapat pergi kerja · 2 Minggu · 1 bulan · 2 bulan keatas Adakah majikan memberi gaji dan bantuan sewaktu banjir melanda · Ya · Tidak Nyatakan :……………………………………………………………………………… C ) 1. Jenis bantuan Kewangan · Makanan · Pakaian · Keperluan dapur · Keperluan anak yang bersekolah · Perubatan 2. Pihak yang memberikan bantuan · Kerajaan · Swasta · Ahli-ahli politik · Persatuan-persatuan agama Buddha dan Kristian 3. Cara pembahagian bantuan · Terus kepada mangsa · Melalui Majlis Daerah · Berperingkat 4. Tempoh pengagihan bantuan selepas banjir · 2 Hari · 1 Minggu · 2 Minggu ke atas 5. Jumlah bantuan kepada mangsa (pelajar) · RM100 – RM200 · RM200 – RM400 · RM400 ke atas D) 1. Secara keseluruhan adakah Tuan/Puan berpuas hati dengan bantuan yang diberikan? Jika ya/tidak. Nyatakan. ……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… 2. Apakah cadangan Tuan/Puan untuk membangunkan ekonomi penduduk Kota Tinggi selepas banjir?………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… |
Dicatat oleh
jumi luv u
di
9:46 PG
0
ulasan
Label: hasil kajian lapangan di kota tinggi..., urbanisasi dan pembangunan bandar...
Selasa, 28 Ogos 2007
27 ogos 2007
seperti biasa, sebelum memulakan kuliah, Dr hamzah akan bertanyakan perkembangan persediaan untuk membuat kerja lapangan...Dan seperti biasa, komen2 yg membina akan diterima oleh setiap kumpulan...Dalam kerja lapangan ini, kumpulan kami merasakan kerja yang paling mencabar yang bakal kami hadapi adalah dalam mencari responden untuk menjawab soal selidik yang telah kami sediakan...
Selasa, 14 Ogos 2007
IMPAK BANJIR TERHADAP EKONOMI PENDUDUK...
31 OGOS 2007 bakal menyaksikan kesabaran dan ketabahan pelajar-pelajar sains pembangunan khasnya meredah perkampungan yang teruk dilanda banjir suatu ketika..tujuan kerja lapangan ini dilakukan adalah untuk mengetahui dan melihat sendiri impak banjir terhadap penduduk sekaligus untuk memenuhi syarat kursus urbanisasi dan pembangunan bandar...di harapkan kehadiran pelajar-pelajar ini mendapat tindak balas yang baik daripada penduduk kampung dan penduduk sekitar kota tinggi. Di antara objektif kajian lapangan ini dilakukan adalah untuk melihat sejauh mana banjir yang melanda memberi kesan terhadap ekonomi penduduk.
Menurut maklumat awal yang diberikan, penduduk menyatakan bahawa banjir langsung tidak menjejaskan ekonomi mereka. Hal ini adalah mustahil jika difikirkan secara logik. Oleh itu, saya dan rakan-rakan sekumpulan akan mengupas mengenai keadaan ekonomi penduduk dan para peniaga sebelum dan selepas banjir.
Ahad, 5 Ogos 2007
strategi perlaksanaan
Dalam usaha kerajaan untuk mencapai matlamat pembangunan negara melalui proses pembangunan bandar yang dirancang dan dikenalpasti maka kerajaan telah merangka beberapa strategi khusus. Di antaranya ialah:
(i)
Mempastikan pembangunan bandar dengan lebih seimbang dari segi pembangunan fizikal, susunan kaum dan penyertaan dalam pembangunan bandar melalui pengurusan sumber yang lebih cekap seperti tanah, pengangkutan, perumahan, tenaga manusia dan infrastruktur sosial.
(ii)
Mempercepatkan proses pembandaran di kawasan luarbandar dengan cara melibatkan peneroka-peneroka di sekim pembangunan tanah dan penduduk-penduduk di kawasan in-situ dalam kegiatan-kegiatan ekonomi bandar melalui perkembangan perkhidmatan,perdagangan dan runcit serta industri-industri kecil. Penyertaan tersebut adalah bertujuan untuk mengurangkan pengaliran pendapatan kekawasan lain dan juga untuk menerapkan unsur-unsur pembangunan bagi mempergiatkan ekonomi tempatan.
(iii)
Mempastikan pembangunan secara teratur di pusat-pusat bandar yang sedia ada dengan mengambilkira keadaan tempatan. Selaras dengan tujuan ini pelan-pelan struktur bagi pusat-pusat utama dan pelan-pelan tempatan bagi umpulan-kumpulan pusat-pusat bandar kecil akan disediakan. Pelan-pelan ini akan menjadi garispanduan bagi pembangunan dan pembaharuan semula bandar di samping meningkatkan kecekapan dalam perancangan-perancangan kawasan-kawasan bandar.
(iv)
Mempercepatkan pembangunan bandar didalam kawasan-kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah dengan cara mengkaji kemungkinan-kemungkinan memperluaskan liputan dan bidang penglibatan sektor swasta selaras dengan usaha menggalakkan pembangunan kegiatan-kegiatan bandar terutamanya pembinaan, pembuatan dan perkhidmatan dalam kawasan-kawasan pembangunan wilayah berkenaan.
(v)
Memperkenalkan konsep memperbandarkan kampung-kampung dengan cara pengelompokan kampung-kampung kecil yang terletak berdekatan bagi dijadikan bandar kecil atau pusat pembangunan desa di mana kegiatan-kegiatan perindustrian kecil, perniagaan dan pertanian secara komersial dapat diwujudkan
objektif dasar urbanisasi negara
Selaras dengan usaha kerajaan untuk membentuk satu Dasar Urbanisasi Negara; objektif-objektif dasar yang khusus sedang dirangka. Dalam hal ini faktor-faktor berikut yang berkaitan dengan proses urbanisasi dan hubungannya dengan pembangunan ekonomi akan diambil kira:-
(i)
Proses demographi dan urbanisasi.
(ii)
Keadaan perkaitan yang rapat yang wujud di antara proses pembangunan sosio-ekonomi dengan proses dan pola-pola urbanisasi
(iii)
Kesan 'spatial'berikutan dengan perlaksanaan dasar dan program di peringkat negara dan wilayah.
(iv)
Dimensi-dimensi khusus dari segi proses perbandaran
(v)
Peralatan-peralatan dasar (Policy Instrument) yang telah dirangka untuk mencapai matlamat DEB.


